Pages

Sunday, 12 February 2017

RUMAH RONALD MCDONALD, RMH-PPUKM PART I

Assalammualaikum. Salam sabtu.


Bangunan hadapan Rumah Ronald McDonald 


Selamat berhujung minggu.  Hujung minggu kami di Hospital kali ini.


Tertarik nak share pasal Rumah Ronald McDonald di PPUKM ni.


Ronald McDonald House (RMH) merupakan yang pertama dibina di Malaysia iaitu pada tahun 1999 dan kedua di Asia. Saya pun baru 1st time jumpa dan tahu pasal RMH ni. Tu pun kebetulan kakak Alleesya kene tahan wad 1st time di PPUKM ni. 


RMH ni ada 19 buah bilik yg dirasmikan oleh Y.A.Bhg. Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali pada 12 Jun 1999. 


Nenek,  Aqeel dan Aqeel di Rumah Ronald McDonald 


Rumah Ronald McDonald ni beroperasi 24 jam sehari bagi membantu kanak-kanak yg memerlukan rawatan di hospital dengan penawar yg paling mujarab di samping kehadiran ibu bapa di sisi.  Rumah ni khas untuk pesakit kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah sahaja. Ibu bapa boleh menginap di RMH sementara anak-anak menjalani rawatan di Hospital.


Konsep RMH ni ialah '' Home Away From Home'' yg membantu keluarga terutamanya yang datang dari luar Lembah Kelang.  Bayaran dikenakan hanya RM5 untuk satu malam bergantung pada terma dan syarat.


Semasa saya menginap disini,  saya jumpa 2 orang adik,  seorang indian boy,  dan seorang lagi adik lelaki yg berusia 12 tahun.  Kedua dua mereka menghidap kanser Leukemia.  Adik indian boy da 2 bulan duduk di RMH ni dan adik yg berusia 12 tahun tu da setahun duduk disini. Allahuakbar. Kuat nya adik adik ni melawan sakit mereka.  Tabah nya ibu bapa mereka menjaga mereka disini jauh dari keluarga. 


Selain tu,  RMH ni bukan sahaja menyediakan bilik yang lengkap dengan penghawa dingin dan bilik air, malah ada kemudahan lain seperti dapur,  bilik komputer,  perpustakaan, bilik mainan, dan bilik dobi. 


Semasa mendaftar di RMH ni,  ada beberapa peraturan yang perlu kami patuhi.  Jika kami melanggar peraturan,  pihak pengurusan berhak mengambil tindakan dan mungkin kami tidak dibenarkan lagi untuk menginap di sini.


Hanya ibu bapa / penjaga yang sah sahaja dibenarkan tinggal di RMH semasa anak kita mendapat rawatan.  2 penjaga dewasa dan 4 kanak-kanak di bawah 18 tahun termasuk anak kita yg menerima rawatan. 


Antara peraturan lain ialah keluarga tidak dibenarkan membawa sebarang peralatan elektrik seperti televisyen,  peti sejuk dan lain-lain dalam bilik. 


Keluarga tidak dibenarkan memasak atau makan di dalam bilik. Makna nya tak boleh bawak makanan ke dalam bilik ye. Tetapi pihak pengurusan RMH ada menyediakan dapur dan ruang makan yang lengkap dan selesa di tingkat bawah Rumah Ronald McDonald.


Bukan ape,  kebanyakkan kanak-kanak yg duduk di sini adalah pesakit kanser.  Mereka amat amat sensitif dan banyak pantang larang.  Jadi,  kita tidak boleh buat sewenang wenang nya macam kat Hotel ye.  Hormati mereka.  Fahami mereka. 


Nanti saya sambung lagi di sini ye. 



Siap ada patung McD lagi

No comments:

Post a Comment