Assalammualaikum..
Khamis lepas kak long sebelah husband den datang jalan-jalan di rumah kami. Diaorg dari kuantan, Pahang. Keesokkan nya hari Jumaat kami bawak jalan-jalan dekat teluk kemang.
Ada tempat baru yang best di Port Dickson untuk pengunjung dan pelancong yang datang ke Port Dickson iaitu Upside down art gallery. Senang citer rumah terbalik la yang famos kat Sabah tu. Tapi sekarang tak yah g Sabah, kat Port Dickson pun ada.
Tiket untuk dewasa RM15. Kanak-kanak, warga emas RM10. Murah kan? Hah jom ler reramai datang PD. Macam-macam tempat menarik boleh dilawati.
Ok, upside down art gallery ni terletak di Teluk Kemang. Check point dia korang cari Politeknik Port Dickson atau Pasaraya CT Extra. Actually sebelum Politeknik tempat ni. Sederet dengan Pasaraya CT Extra.
Selain tu, tempat menarik di Port Dickson yang korang boleh pergi :
1. Alive 3D Art Gallery di Lukut.
Korang cari GIANT LUKUT atau Pos Laju Lukut. Alive 3D Art Gallery ni sederet Pos Laju Lukut.
2. Muzium Tentera Darat Port Dickson.
Jalan Sua Betong, Port Dickson. Korang cari kem askar di kawasan kampung baru. Jalan kampung ni menuju ke highway seremban.
3. PD Ostrich & Pets Show Farm
Alamat : Lot 1419, Jalan Kemang 13, Batu 9.
Tempat ni selepas Upside down Art Gallery tadi tu.
Ok tu dulu antara tempat menarik yang korang boleh lawati kat Port Dickson. Ada banyak lagi nanti saya update ye.
Kalau korang nak tau tempat tempat makan best best kat Port Dickson pun ada.
Welcome to Port Dickson.
Selamat datang ke Port Dickson.
No comments:
Post a Comment