Pages

Monday, 1 June 2015

Cara Semulajadi Kurangkan Obesiti

Assalammualaikum..

Buah-buahan dan sayuran adalah makanan yang paling mudah didapati dan tumbuhan semulajadi ini banyak khasiatnya.

Kali ini, mari kita kenali beberapa tanaman dan kegunaannya untuk mengurangkan obesiti.

1. Buah Delima

Buah ini mempunyai batang berkayu yang mempunyai banyak cabang, serta mempunyai duri pada cabang dahannya. Terdapat tiga jenis buah delima iaitu delima putih, delima merah dan delima ungu. Tanaman ini memiliki pelbagai khasiat dan setiap bahagian tanaman ini berguna, dari akar hinggalah ke kulit kayunya.
Untuk dimanfaatkan sebagai ramuan mengurangi obesiti, ambil dua lembar daun delima muda, cuci dan tumbuk sehingga halus, ramas dan tambahkan air panas sebanyak 3 gelas. Campurkan dengan sedikit garam, dan tapis. Amalkan minum dua hingga tiga kali sehari sebanyak setengah gelas.

2. Lobak merah dan timun

Kedua-dua jenis tanaman ini dapat digunakan untuk mengubati obesiti iaitu  dengan menjadikan ia jus. Caranya, ambil dua atau tiga batang lobak merah dan sebiji timun berukuran sederhana. Parut dan perahkan jusnya. Boleh juga ditambahkan pati limau nipis bagi menambahkan rasanya dan minum dua kali sehari sehingga anda mencapai berat badan yang diimpikan.

3. Daun salam

Daun salam merupakan sejenis tanaman yang biasanya digunakan di dalam masakan. Selain itu, ia juga dapat digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit, termasuklah kolesterol tinggi, kencing manis, tekanan darah tinggi, cirit birit dan mengurangi obesiti.
Untuk mengurangi obesiti, pilih lima hingga tujuh helai daun salam yang masih segar. Cuci bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih. Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air rebusan daun salam ini sebelum makan pada waktu siang dan malam.

4. Limau nipis

Buah limau nipis adalah tumbuhan perdu yang menghasilkan buah dengan nama yang sama. Ia mengandungi banyak air serta kaya dengan vitamin C yang tinggi. Untuk mengurangi obesiti, ambilah limau nipis dan belah empat. Perahkan jusnya dan campurkan dengan secawan teh pahit yang pekat. Minum setiap malam sebelum tidur.

5. Nanas

Buah ini kaya dengan Vitamin C serta dapat menyembuhkan beberapa penyakit seperti kecacingan, sakit tekak, beri-beri, sembelit, luka terbakar, gatal, bisul, dan obesiti. Untuk mengurangkan obesiti, sediakan sebiji buah nanas yang tidak terlalu masak. Kupas dan cuci bersih. Potong mengikut keperluan. Kemudian parut untuk diambil jusnya. Ambil pati nanas tadi dan minum dua kali sehari.
Diharap sedikit perkongsian ini dapat membantu anda mengurangi berat badan dan mencapat berat badan yang diidamkan. Selamat mencuba.

Boleh juga ikuti tips kembali langsing selepas bersalin. Dan amalkan petua dari tumbuhan semulajadi ini.


No comments:

Post a Comment