Assalammualaikum..
Tekad selepas bersalin anak ketiga saya nak kurus!! Ye nak kurus!! Dalam pantang adalah masa yang sangat sesuai untuk impian saya. Kenapa pulak ye? Sebab dalam pantang, banyak makanan yang kita TAK BOLEH MAKAN..hanya lauk dalam pantang yang rebus, bakar je yang boleh amik. Ais batu pun tak boleh kan..
Ibu-ibu jangan bimbang, jangan putus asa jika impian anda tidak tercapai. Amalkan cara berikut bagi memastikan impian itu jadi kenyataan.
Tips Kembali Langsing Selepas Bersalin :
1. Menyusukan bayi
Ibu yang menyusukan bayi mereka dapat menghilangkan lebih banyak berat badan. Anda akan dapat membakar sehingga 500 kalori lebih setiap hari.
Saya menyusukan 2 orang sekaligus..si abang Aqeel 3 tahun dan adik dia Aqeef 5 bulan.
2. Banyakkan serat
Tetap kenyang lebih lama dengan makan makanan yang tinggi serat. Makanlah makanan yang banyak serat seperti bijiran, buah-buahan segar dan sayur-sayuran. Pilih roti gandum dan nasi dari beras merah.
3. Ambil Protin
Gantikan daging berlemak dengan ayam atau ikan. Ikan salmon contohnya merupakan sumber Omega 3 yang telah terbukti mengurangi pengurangan dan membantu menurunkan berat badan.
4. Minum banyak air
Air sama fungsinya seperti yang dapat melancarkan fungsi organ di dalam tubuh. Pastikan tubuh sentiasa dipenuhi keperluan cecair kerana ia amat penting untuk menurunkan berat badan, membantu pencernaan dan mengurangkan nafsu makan anda.
5. Makan sedikit tetapi kerap
Jika anda menunggu waktu lapar untuk makan, anda mungkin tidak menyedari bahawa anda telah makan lebih banyak kalori. Hindari makan terlalu banyak dan jagalah metabolisme dengan stail dan makan antara 5-6 sajian kecil setiap hari.
6. Bergerak
Pastikan anda sentiasa mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor bila anda mula berolahraga setelah bersalin. Jika boleh, berjalan-jalanlah sedikit disekitar rumah sambil membawa bayi di dalam kereta sorongnya selama 30 minit. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
7. Kudapan sihat
Gantikan kudapan manis yang sering anda makan dengan buah-buahan atau salad. Bersihkan almari serta peti sejuk anda daripada kudapan tinggi lemak dan rendah serat seperti kerepek dan ais krim.
No comments:
Post a Comment