Pages

Tuesday, 26 May 2015

Tips Atasi Masalah Mata Sembap dan Hitam

Assalammualaikum..

Mata sembap, lingkaran hitam bawah mata atau mata letih tidak bermaya sering berlaku pada mereka yg menghadapi masalah kurang tidur atau tidak mendapat rehat secukupnya.
Masalah bertambah teruk apabila anda menghidap selsema. Ia secara tidak langsung mengganggu penampilan diri terutama pada mereka yg banyak masa bekerja diluar atau bertemu dgn orang ramai.

Jom ikuti beberapa tips yg menggunakan bahan-bahan yg biasanya mudah didapati di dapur anda utk mengatasi masalah mata sembap dan hitam ini.

Tips atasi masalah mata sembap dan hitam


1. Uncang Teh

Cara-cara : Celup dua uncang teh ke dalam air panas lalu angkat dan biarkan sebentar hingga suam. Kemudian letakkan pada mata dan tutup dgn kain selama 5-10 minit. Sebaiknya pilih teh hitam atau teh hijau. Ini kerana kandungan kafein di dalam teh boleh membantu mengurangkan masalah bengkak atau lebam pada mata.




2. Timun

Cara-cara : Letakkan timun yg dipotong ke dalam peti sejuk dan biarkan seketika. Setelah sejuk, ambil dan letakkan pada mata. Biarkan mata berehat seketika. Kandungan astringent pada timun membantu utk menghilangkan bengkak atau lebam pada mata.




3. Ubi Kentang

Cara-cara : Kupas kentang terlebih dahulu, bersihkan dan biarkan ia kering sebelum diparut. Ambil parutan kentang dan bungkus dgn kain. Kemudian letakkan pada mata.




4. Garam

Cara-cara : Ambil setengah sudu teh garam dan tambahkan 1/2 liter air. Celup putik kapas atau kapas pada larutan garam, dan sapukan pada mata.




5. Ketulan Ais

Cara-cara : Kaedah paling klasik dan kerap dilakukan terutama untuk mengurangkan bengkak di bahagian mata. Tekapkan ketulan ais yg dibungkus pada mata. Selain itu, anda juga boleh mencuci wajah dgn air sejuk ketika mandi.
Cara lain, anda boleh menggunakan sudu yg disejukkan. Letakkan sudu pada ketulan ais dan biarkan ia sejuk seketika. Setelah itu, letakkan pada bahagian mata yg bengkak.


   


6. Minum air putih

Meskipun cara ini tidak dapat menghilangkan dgn cepat bengkak pada mata, namun dengan memperbanyak minum air putih/air kosong akan membantu mempercepatkan proses pemulihan.




7. Suplemen membantu mengurangkan masalah lingkaran hitam bawah mata dan mata sembap.




                                




                                     
  



                                




                                    




                                       




                                  



No comments:

Post a Comment