Pages

Monday, 25 May 2015

5 Kaedah Terbaik Menyediakan Makanan Bayi

Assalammualaikum.

Menyediakan sendiri makanan bayi sebenarnya tidak la susah mana pun. Asalkan kita tahu cara memilih bahan, mengolah dan menyimpan agar kualitinya terjaga. Sebenarnya tak sabar nak sediakan makanan tuk Aqeef ni. Bulan depan dia da masuk 6 bulan dan boleh la nak bagi makan..Makanan yg lembut2 je tau..Kesian tengok dia, asal nampak orang makan, mulut dia beria je mengunyah..

Sediakan makanan sendiri tuk anak lebih bebaloi dari beli yg ready kat pasaraya tu..Khasiat pun banyak, boleh kawal mutu dan jenis bahan yang diberikan kepada bayi anda. Sebenarnya nak share kaedah memasak yang sesuai untuk bayi 6 bulan ke atas dan memastikan khasiat makanan bayi terjaga.

5 KAEDAH TERBAIK MENYEDIAKAN MAKANAN BAYI

KUKUS

Mengukus makanan amat disarankan kerana berupaya mempertahankan kesegaran rasa dan khasiat makanan. Air mendidih daripada proses mengukus boleh dimanfaatkan sebagai sup atau bahan perasa utk membuat puri. Contohnya brokoli.

REBUS

Memasak bahan makanan dalam air hingga mendidih akan melarutkan kandungan nutrisi bahan makanan terutama jenis vitamin B dan C. Kehilangan nutrisi boleh diminimumkan dengan menggunakan air secukupnya. Sup atau air rebusan sebaiknya dimanfaatkan dalam pembuatan makanan bayi. Contohnya buah epal.

STEW

Cara pengolahan ini boleh mempertahankan kandungan nutrisi bahan makanan berbanding merebus. Hanya tambah sedikit air, tutup periuk dan biarkan ianya masak dengan api kecil. Contohnya ayam dan daging.

PANGGANG

Memasak di dalam ketuhar juga berupaya menjaga kandungan nutrisi makanan. Lebih baik lagi jika bahan makanan yg dipanggang dalam bekas tertutup. Jenis makanan bayi yg boleh dipanggang seperti kentang.

SLOW COOKING

Proses yg memerlukan waktu enam hingga lapan jam ini boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah "slow cooking". Sesuai utk membuat makanan bayi yg sangat lembut. Contohnya daging.

Antara yg boleh dibekukan ialah sup ayam atau daging,aneka puri buah atau sayur seperti epal, avocado, pisang, manga, pear, brokoli, kubis bunga, lobak dan jangung.

Namun, ada juga beberapa jenis makanan yg berubah strukturnya seperti tauhu, tembikai, telur dan kentang.

Makanan bayi lebih baik disajikan segar dan dihidangkan segera setelah siap masak. Jika ibu2 yg bekerja, anda boleh sediakan dalam jumlah banyak dan menyimpan nya dengan kaedah pembekuan.


Tips pembekuan:

~Makanan beku harus berada pada suhu -12c. Hindari dari kerap membuka peti pembeku
~Jika menggunakan peti sejuk dua pintu atau lebih, letakan makanan beku didalam ruang pembeku, bukan pada bahagian pintunya
~Gunakan makanan yg sudah beku sesuai dgn keperluan bayi.





Budak ni la yang tak sabar nak makan tu

No comments:

Post a Comment