Pages

Thursday, 19 March 2015

Resepi Makanan Dalam Pantang Simple | Resepi Diet

Assalammualaikum..
Setiap kali berpantang, menu ni la yang mak saya akan masak kan..protin tu boleh dipelbagaikan..boleh guna ayam, ikan atau daging..ikan pun ikut atas masing2. Macam saya, saya suka ikan haruan, ikan selar kuning, ikan parang, ikan tenggiri dll..
Saya rasa patut saya semadikan resepi dalam blog ni supaya generasi akan datang dapat merasa nikmat dan kesedapan makanan dalam pantang yang sebenar..
Pada saya menu ni sangat simple. Kalau ada mommies yang terpaksa berpantang sendiri pun boleh masak..sebab bahan2 yang simple dan mudah didapati..semua pun campak dan biarkan mereneh sehingga masak..
Okla sembang banyak pulak..jom kita tengok apa bahan2 yg diperlukan..
Bahan-bahan :
- 5 ulas bawang putih (nak lebih pun boleh)
- Halia
- Lada hitam
- Asam keping
- Ikan/ayam/daging
- Garam
- Gula
- Sayur pak choy
Cara-cara :
1. Tumbuk bawang putih 2 ulas, halia dan lada hitam
2. Ayam letak dalam periuk..masukkan bahan yg ditumbuk tadi..
3. Letak air paras2 ayam tadi..jangan banyak sangat jangan sikit sangat
4. Letak asam keping
5. Rebuskan ayam sehingga ayam masak
6. Perasakan dengan garam dan gula
7. Last skali masukan bawang putih yg lebih tadi..dan sayur pak choy
Sebab pe saya letak bawang putih last skali..nanti masa makan boleh kunyah bawang putih tu..sedap..rasa lemak2.. Boleh buang angin dalam badan..
Halia dan lada hitam boleh panaskan badan mommies dalam pantang.
Sayur saya guna sayur pak choy..boleh tambah susu badan jugak..
Menu ni mommies bersalin normal ke c- zer pun boleh makan..takde masalah..menu ni la yang menyebabkan berat saya turun sebanyak 14kg selain suplemen yang saya makan..hah tu nnt saya share suplemen pe ye..
Kalau anak kuning pun tak de masalah..cuma kurangkan halia..tapi saya makan je macam biasa..
Senangkan? Cuba la..kalau rasa badan tak sihat pun boleh buat sup ni..tak semestinya dalam pantang jek..
Ok selamat mencuba..
Nanti saya sharekan resepi rendang ayam dalam pantang pulak..
Bahan2 yang diperlukan


Sayur pak choy


Ni ikan haruan
Bawang putih tu makan skali..sedap tau rasa lemak2


Yang ni ayam dgn sayur pak choy

No comments:

Post a Comment