Assalammualaikum.
Selamat petang. Lama pulak tak menulis kat blog ni.
Petang-petang yang redup ni, nak cerita sikit la pasal anak istimewa kami. Ye, anak sulung kami, Nurul Alleesya Mazaya. 21hb Januari ni kakak da 7 tahun.
Masa pregnant kan kakak, kandungan 8 bulan, doktor detect air dalam kepala kakak banyak. Doktor kata ni tak normal. Kalau bayi normal, air dalam kepala tak banyak macam ni. Tapi doktor tak nak buat apa-apa dulu sebab ada juga patient doktor bila bersalin, bayi tu normal dan sihat.
Genap 37 minggu saya bersalin kan kakak. Bersalinkan kakak sangat mudah, sekejap je dalam labor room. Tak sakit. Boleh kata, mudah. Tapi kakak lahir ada meningocele at back.
Umur kakak 4 hari da kene transfer ke hospital Kpj Ampang Puteri untuk buat operation dengan doktor neuro. Umur 10 hari kakak operation repair meningocele, pasang VP shunt. Kakak sakit Spina Bifida dan hydrocephalus.
Membesarkan kakak amat mudah. Sama macam kanak-kanak yang lain. Kami jaga kakak macam anak normal. Dan ramai tak tau kakak ni oku. Kakak kami hantar ke sekolah khas dia di PDK (Pendidikan Dalam Komuniti).
Kakak tak boleh jalan disebabkan oleh Spina Bifida tapi kakak bergerak dengan cara merangkak. Kakak merangkak laju. Kakak boleh bercakap macam biasa, tak pelat. Boleh berdikari sendiri, mandi sendiri, basuh tangan kat sinki sendiri, pakai baju sendiri. Tapi kakak pakai pampers la.
Selama 6 tahun kakak membesar dengan sihat dan seolah-olah normal macam kanak-kanak normal yang lain.
Sehingga la bulan tiga (March) tahun lepas... Kakak..
Nanti saya sambung entry di sini ye..
comelnya kakak..❤
ReplyDeleteComelnya...
ReplyDelete