Assalammualaikum..
Anak saya si Aqeef yang 5 bulan ni kerap muntah. Lepas menyusu jek mesti muntah..Kalau nak berjalan tu, da pakai baju cantik2, habis kena muntah. Baju, tudung mama pun bau masam. Memang geram tau. Sejak tu bila berjalan malas nak dukung dah..letak dalam stroller je..
Antara sebab-sebab mengapa perkara ini berlaku:
1. Kebanyakan bayi kadang kala akan termuntah sedikit. Memandangkan sistem penghadamannya belum matang, jadi isi kandungan dalam perut mudah naik ke esofagus (tiub yang menghubungkan mulut dan perut).
2. Lazimnya bayi muntah apabila minum terlalu banyak susu. Hal ini mungkin berlaku apabila bayi menyusu terlalu agresif atau payu dara terlalu penuh
3. Jika perhatian bayi terganggu (mengalih perhatian ketika sedang menyusu) atau meragam tidak mahu menyusu, dia akan menelan lebih banyak udara dan muntah dgn lebih kerap.
Tips Penyusuan untuk Meminimumkan Muntah Bayi
1. Sasarkan untuk menyusu dengan kerap setiap kali bayi memberi isyarat mahu menyusu. Penyusuan yang sedikit tetapi kerap melancarkan proses penghadaman.
2. Cuba menyusukan bayi dengan posisi semi-upright atau duduk mahupun berbaring. Jadi, perut bayi bersentuhan dengan perut ibu.
3. Jika bayi kuat meragam, kerapkan sentuhan kulit ke kulit. Ibu juga boleh menyusukannya dalam keadaan bergerak (berjalan ataupun berayun)
4. Pastikan bayi melekap dgn baik untuk mengurangkannya menelan terlalu banyak udara.
5. Biarkan bayi menghabiskan sesi penyusuan disebelah payu dara (dengan menunggu dia menolak puting atau tertidur) sebelum menawarkan payu dara sebelah lagi. Jangan sesekali mengganggu ketika dia sedang aktif menghisap. Kekerapan melakukan perbuatan ini boleh menjadi punca muntah berlebihan.
6. Galakkan bayi menghisap payu dara
(bukan untuk mendapatkan nutrisi) memandangkan penghisapan seperti ini boleh mengurangkan keradangan dan meredakan pedih ulu hati.
7. Elakkan pergerakan kasar atau pantas selepas bayi selesai menyusu. Dia akan lebih selesa jika disendawakan dgn lebih kerap.
8. Perhatikan bayi dan ikut isyaratnya dalam menentukan apa yg terbaik utk mengatasi simptom refluks.
9. Kurangkan atau singkirkan kafein dalam diet harian ibu. Kafein berlebihan akan menyebabkan refluks pada bayi.
10. Elakkan menekan abdomen bayi. Ini akan meningkatkan refluks dan ketidakselesaan. Bayi seharusnya berpakaian longgar. Malah, lampin yg dipakainya juga perlu longgar.
Diharap 10 tips ini dapat membantu ibu-ibu diluar sana yg mengalami masalah bayi kerap muntah selepas menyusu.
No comments:
Post a Comment