Assalammualaikum.
Makanan pertama bayi mestilah dalam bentuk cecair atau lembut supaya mudah ditelan oleh si manja anda.
Ada 3 jenis makanan puri yang boleh anda sediakan termasuklah puri nasi, puri sayuran dan puri buah-buahan.
1. Puri Nasi
Ianya menggunakan beras yang dimasak dengan menggunakan air yg banyak seakan memasak bubur. Kemudian nasi yg telah masak itu dikisar supaya menjadi lebih halus dan lembut buat si manja anda.
2. Puri Sayuran
Untuk membuat puri dari sumber sayur-sayuran, pastikan bahan yg digunakan segar dan dicuci bersih. Sayuran boleh direbus atau kukus sehingga lembut. Kemudian dikisar dgn sedikit air supaya lebih halus dan mudah utk dimakan.
3. Puri Buah-buahan
Pastikan buah yg digunakan sudah masak ranum, dikupas kulitnya, buang biji dan potong kecil. Kukus dgn sedikit air sehingga lembut. Atau jika menggunakan buah yg tak perlu dimasak seperti pisang, anda hanya perlu lenyek halus menjadi puri pisang.
Beberapa Resepi Puri untuk Si Manja Anda
1. Puri Nasi bercampur Brokoli
√ Segenggam beras (lebih sedap guna beras wangi) dicuci bersih
√ Masak beras seakan memasak bubur nasi. Biarkan mendidih sehingga nasi kembang. Untuk mendapat tekstur bubur halus, kisar bubur nasi tadi setelah disejukkan. Campurkan puri brokoli bersama puri nasi.
** Bubur nasi ini boleh dijadikan bahan asas untuk dihidangkan bersama puri sayuran dan buahan.
2. Puri Sayur-sayuran
Puri Brokoli
√ Ambil lima kuntum kecil brokoli
√ Rebus atau kukus sehingga lembut
√ Kemudian kisar sehingga hancur dan halus
Puri Lobak Merah
√ Sebatang lobak merah bersaiz kecil (lobak merah kecil lebih manis berbanding bersaiz besar) dan dibuang kulitnya.
√ Kemudian potong lobak merah secara dadu dan rebus sehingga lembut
√ Setelah lembut, kisar sehingga halus dgn sedikit air
3. Puri Buah-buahan :
Puri Epal
√ Buah epal dibuang kulit dan potong dadu
√ Kemudian rebus bersama sedikit air
√ Masak sehingga menjadi lembut
√ Kemudian kisar sehingga halus
Puri Pisang
√ Ambil sebiji pisang yang telah masak ranum dan dibuang kulitnya
√ Kisar pisang dgn sedikit air sehingga halus
Walaubagaimanapun..ibu-ibu haruslah kreatif dalam menyediakan makanan bayi supaya mereka tidak makan makanan yg sama setiap hari dan merasa jemu.
Selain itu, elakkan dari memberi makan makanan organ dalaman haiwan dan susu lembu segar
Sumber : Majalah Pa&Ma
No comments:
Post a Comment