Pages

Thursday, 15 January 2015

Pengalaman berpantang anak ketiga (Part 1)

Assalammualaikum..
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi pada usia 29 tahun saya dikurniakan cahaya mata lelaki yang ketiga.
Hari ini 15hb disember genap 32 hari saya berpantang. Kali ni saya memilih untuk berpantang di rumah mak juga macam berpantang sebelum ni.
Bukan pe rumah mak dekat je, lorong belakang rumah saya. Anak-anak memang suka duduk rumah nenek nya.
Alhamdulillah berpantang kali saya dapat cari orang yang boleh memancing ikan haruan..so dapat la saya makan ikan haruan fresh..saya order 10 ekor..dapat la makan 10 hari kan..sehari seekor 2 kali makan..
Seminggu pertama berpantang saya hanya makan lauk kering tak berkuah. Mak masakan ikan tenggiri bakar dan ikan bilis tumbuk dengan halia hari-hari tau. Memang berselera la makan dengan nasi panas dan kopi o panas. Saya memang jenis tak memilih sebab mak masak sedap !
Lepas seminggu baru la makan berlauk kuah..ikan haruan masak kuah..ayam, daging atau ikan tenggiri masak kuah. Sesekali ayam bakar..lauk tu la duk bergilir mak masak.
Sarapan pagi dan minum petang pulak saya sediakan tamar koko..buat secawan cicah biskut lemak atau dengan roti.
Selain tu saya amik jugak ESP Shaklee..hah yg ni memang takleh tinggal..ESP shake skali dgn tamar koko..perghhh..marveles..ESP membantu utk banyakan susu, bantu luka bersalin cepat sembuh, bantu hilangkan hitam2 celah2 badan masa pregnant..1001 mcm khasiat la ESP ni..
Ok la tu dulu bab 1 berpantang saya..nnt kita sambung semula..
Pssstt : sekarang anak da 3 bulan pun..duk lama sgt kt draft..baru nk published..hehehe..

No comments:

Post a Comment