Pages

Friday, 5 December 2014

Petua Mengatasi Masalah Sembelit di kalangan Kanak-Kanak

Masalah sembelit di kalangan kanak-kanak
Perut anak saya buncit dan tegang gara-gara sembelit!!
Assalammualaikum..Itu pengalaman dari anak saya sendiri. Anak saya memang ada masalah sembelit. Mungkin itu juga yang pernah ibu-ibu alami apabila anak-anak ada masalah sembelit. Memang tak dinafikan, kadang-kadang tu sampai menggigil dia nak teran. Perut tak selesa tapi tak boleh teran..maunya tak sakit! Masalah sembelit di kalangan kanak-kanak ni biasanya berlaku sebab pemakanan yang tidak seimbang dan kurang air dalam badan. Sembelit akan mengakibatkan proses pembuangan air besar menjadi satu pengalaman yang menyakitkan dan mengerikan kepada kanak-kanak. Akibatnya, kanak-kanak tu sanggup tahan dan tak nak buang air besar.
Apakah komplikasi yang mungkin timbul akibat sembelit?
Sembelit ni bukan kategori penyakit tapi jika ianya berpanjangan dan terlalu kerap berlaku mungkin boleh membawa kepada penyakit buasir. Buasir boleh terjadi disebabkan tabiat menahan untuk buang air besar atau Anal Fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Jika regangan terlalu kuat, ia akan menyebabkan rektum terkeluar dari dubur dan mungkin memerlukan pembedahan jika teruk dan kronik.
Tanda-tanda dan gejala sembelit :
Tanda-tanda berikut mungkin berbeza pada setiap orang.
1. Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan kering.
2. Perut kembung, kejang atau sakit.
3. Kurang selera makan.
4. Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan.
5. Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada pampers atau seluar dalam kanak-kanak.
Sebab-sebab berlakunya sembelit di kalangan kanak-kanak :
Banyak faktor yang menyebabkan kanak-kanak mengalami sembelit. Mungkin ibu boleh semak beberapa senarai di bawah untuk mengenalpasti punca berlakunya sembelit.
>>Kurang serat dalam diet
>>Kurang aktiviti fizikal
>>Ubat-ubatan
>>Susu formula
>>Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome)
>>Menahan untuk membuang air besar
>>Kekurangan air (Kanak-kanak yang demam dan tidak sihat mungkin tiada selera makan atau kurang minum susu)
>>Masalah dengan kolon dan rektum
>>Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab)
Bagaimana cara mengatasi masalah sembelit?
Dalam kebanyakan kes, masalah sembelit di kalangan kanak-kanak dapat diatasi dengan mudah tetapi jika anda telah pun mencuba tips di bawah dan masalah sembelit masih lagi berlarutan, saya nasihatkan bawalah anak anda untuk berjumpa doktor untuk mengenalpasti punca sebenarnya.
Tips Mencegah dan Mengatasi Masalah Sembelit :
Bagi ibu bapa yang ingin mengelakkan pemberian ubat-ubatan, anda boleh cuba tips berikut :
√ Banyakkan serat dalam makanan anak-anak seperti buah-buahan segar dan sayur-sayuran
√ Berikan anak minum air yang mencukupi. Boleh juga berikan jus buah-buahan seperti tembikai dan betik
√ Baringkan anak dan lakukan senaman kayuhan basikal untuk merangsang pergerakan najis di dalam usus
Resepi Ramuan dari Pasar :
Ibu-ibu juga boleh mencuba beberapa resepi ramuan semulajadi yang sangat mudah didapati samada di pasaraya, pasar pagi atau pasar malam untuk mengatasi masalah sembelit kanak-kanak mahupun orang dewasa.
1. Minum dua sudu makan pati kurma pada waktu pagi. Ini baik bagi merangsang gerak peristalsis
2. Makan jambu batu sebelum sarapan ataupun sebelum makan. Cara ini dapat membantu bagi menghindari sembelit
3. Campurkan segelas air, dua sudu makan pati lemon, dan dua sudu madu. Kemudian, minum campuran ini sebanyak dua kali sehari pada waktu pagi dan waktu malam
Selain itu, kadang-kadang tabiat pemakanan anak-anak yang terlalu cerewet dan memilih merumitkan lagi keadaan. Jika ibu bapa dah cuba pelbagai tips dan petua di atas, tapi masih tidak berjaya, anda boleh cuba berikan Mealshakes Shaklee pada anak-anak. 
Kebaikan MealShakes Shaklee :
√ Menyediakan vitamin dan mineral penting sebagai nutrien asas yang diperlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar untuk terus sihat dan bertenaga
√ Sumber terbaik serat pemakanan dan protein
√ Sumber kalsium yang pekat, baik untuk kekuatan gigi dan tulang
√ Indeks glisemik yang rendah
√ Rasa French Vanilla yang lazat dan wangian yang cukup harum
Cara nak bancuh pun mudah sebab boleh bancuh dengan susu formula, minuman kegemaran anak-anak atau jus buah-buahan. Apa yang menariknya, ramai ibu bapa yang dah pun berjaya menyelesaikan masalah sembelit di kalangan anak-anak mereka. Termasuklah saya..Memang nampak sangat perbezaan nya bila saya mula berikan MealShakes pada anak saya. Alhamdulillah masalah sembelit anak saya semakin pulih kerana kekerapan anak saya membuang air besar dan najis anak saya lembut.
Bukan itu saje, kata mereka anak yang sebelum ini susah sangat nak makan pun dah tunjukkan minat untuk makan. Alhamdulillah
Harga MealShakes RM113.75
Untuk maklumat lanjut anda boleh terus hubungi saya!!
Saya adalah agen Shaklee anda!!
Call/Sms/Whatsapp : Pn. Fara (019-4885969) ID:949695
FB: NUR FARAHA JAMAL
Setiap pembelian daripada saya layak mendapat:
:) Jadual pemakanan PERCUMA
:) Konsultasi Eksklusif PERCUMA
:) Kos Penghantaran PERCUMA

COD di sekitar Port Dickson, Pasir Panjang, Lukut, Senawang. Penghantaran melalui pos ke seluruh negara (Malaysia, Indonesia, Brunei).
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


No comments:

Post a Comment