Assalammualaikum..
Jam menunjukan pukul 2:13 pagi dah..Mata masih segar bugar lagi. Tak mengantok langsung.
Meh nak citer pasal suntikan dexa ni dan macam mana saya pun kene suntikan ni.
Biasa orang akan kata cucuk untuk matangkan paru-paru bayi dalam kandungan in case ibu-ibu hamil terbersalin awal.
Salah satu tanda nya dalam usia kandungan 30 minggu baby asik mengeras jek..Lepas tu rasa macam nak bersalin pun ye. Ada juga kenalan saya yang amik suntikan ni sebab suspek appendik..Asik sakit sebelah kiri..Pun doktor akan cucuk Dexa ni..
Pengalaman saya pula, nak dijadikan cerita, saya terjatuh masa usia kandungan 30 minggu. Masa tu di branch KL Shaklee di Sri Rampai. Anak kedua saya terkepit pintu dan menjerit-jerit kat pintu tu. Saya tanpa pikir panjang terus berlari g dapatkan dia. Kebetulan seluar yang saya pakai tu besar. Jadi kaki saya da tersangkut kat seluar tu dan saya tak sempat nak capai kerusi or apa2 pun kat situ terus tersungkur jatuh. Tapi saya sempat mengiringkan badan ke kiri sebelum jatuh tu. Terus terbaring atas lantai. Macam buat aksi stunt pulak!!
Ada SID yang berhampiran saya terus papah saya untuk bangun. Puan tu pun terperanjat tengok saya pregnant. Semua pun terperanjat la. Mungkin tak perasan perut besar saya tu sebab saya pakai baju besar. Hehehe..
Menggigil juga la sebab risaukan takut ada pendarahan atau baby kat dalam tu tak tau keadaan dia macam mana. Malam tu juga g hospital untuk scan sebab saya takde pendarahan tapi risau baby dalam kandungan. So bila sampai emergency, nurse lelaki tu kata tak boleh scan kat emergency sebab takde alat scan tu. Yang ada kt klinik jek..Acaner tu???..
Keesokan nya pagi2 saya g klinik dekat rumah untuk scan. Doktor kata baby ok takde masalah. So tak perlu risau. Tapi saya tak puas hati.. Tengahari tu saya ke KPJ Seremban pula tuk jumpa dgn doktor O&G yang memang doktor saya sepanjang kehamilan ni Dr Ishak.
Hah masa ni suspen la. Doktor scan baby terus cakap baby da pusing dan kepala ke bawah. Dia tekan kat bahagian bawah perut dan rasa kepala baby dah kebawah. Doktor terus suruh saya amik suntikan Dexa untuk matangkan paru-paru. Tapi next week la amik sbb masa ni da petangkan.
Suntikan Dexa kene ambil 2 kali. Pagi sekali selepas 12 jam sekali. So balik je hospital saya terus google apa la suntikan Dexa ni..Rata-rata blogger mengatakan suntikan ni sakit!!! Ada yang menangis ada yang kata tak boleh nak gerak langsung.
Tak puas hati lagi, tanya pula kt group whatsapp Shaklee GMF, pun jawapan yang sama, SAKIT!!! Tapi dah dipesan awal2 mind set mesti kata tak sakit.
Hari yg ditunggu2 pun tiba. 27hb pukul 12 tengahari saya disuntik Dexa ni..Erm sakit memang sakit. Terasa ubat tu berjalan..rasa macam semacam la..tapi tak lama dalam 15 minit jek.Lepas tu ok dah. Lepas kene cucuk sy tak duduk. Saya berdiri dan tahan la sakit dalam 15 minit.
Suami suruh saya warded, sebab suntikan kedua pukul 12 malam. Nak datang pulak hospital tengah2 malam..Acaner tu??. Disamping dapat la saya merehatkan diri..Anak-anak, suami dan mak saya jaga.
Alhamdulillah pukul 12.30am 28hb, selesai sudah suntikan kedua. Tapi sebelum tu pukul 10 malam doktor bg suntikan tahan sakit dan ubat tidur..Konon suruh saya rehat tapi langsung taknak tidur lagi adalah..Mata tak mengantuk ni..huwaaaaa..Tapi kan lepas kene cucuk ubat tahan sakit tu kepala terus rasa pusing..keneneng rasa..istimewa kan ibu mengandung ni..macam-macam dapat rasa..tu tanda nya Allah sayangkan kita..sungguh besar pengorbanan mak-mak kita masa dulu kan..Sekarang giliran kita pula!!
Hargailah dan sayangilah mak-mak kita. Jangan biarkan mereka tanpa khabar berita, call ke sms ke diaorang..Saya sayang mak saya mak mentua saya..
**pssttt..aunty indian sebilik dgn saya ni tengah sedap berdengkur..lena tido..dia pun kene cucuk ubat tahan sakit dan ubat tidur..
**mak kat rumah message kata aqeel tak boleh tido. Asik nanges jek. Tak pernah berpisah dgn mama dia la katakan. Kesian anak mama..Esok datang hospital amik mama ye..
Kepenatan seharian teman mama dari pagi sampai petang kat hospital
Lenanya Aqeel Mirza tidur
My favourite Private Hospital!! Highly recommended!! Doktor O&G Dr.Ishak
Sebelum kejadian di Shaklee
Anak yg baik!! Mirza!!
My MIL dgn Kakak Alleesya
Shaklee KL Branch di Sri Rampai
No comments:
Post a Comment